Profil Akademi Memandu KIST

Visi

Membina kecemerlangan dalam pengangkutan jalan

Misi

AMKSB ditubuhkan bertujuan untuk memastikan pengangkutan jalan di Malaysia adalah selamat dan cekap serta memenuhi keperluan pelanggan dan negara.

Objektif

Akademi Memandu Kist Sdn Bhd (AMKIST)) ditubuhkan berasaskan kepada beberapa objektif dan justifikasi:

    • Mewujudkan dan mentadbir sistem pendaftaran dan perlesenan semua jenis kenderaan bermotor yang berintegriti, berkesan dan selamat.
    • Menjadi suatu pusat pendidikan mengenai undang-undang dan keselamatan jalanraya kepada bakal pemandu.
    • Menyediakan prasarana dalam bentuk satu akademi memandu yang dilengkapi dengan tempat litar memandu untuk latihan dan ujian untuk proses mengambil lesen memandu.
    • Membantu orang awam dan masyarakat setempat yang tidak mempunyai lesen untuk memiliki lesen memandu sendiri.
    • Membantu para pelajar sekolah menengah untuk memiliki lesen memandu. Merujuk kepada statistik, terdapat 13 buah sekolah menengah di Jajahan Bachok dan seramai 16,405 orang pelajar yang menjadi sasaran pasaran.