AKADEMI MEMANDU KIST
Belajar Untuk Keselamatan
"Learn 4 Safety"
Profil Akademi Memandu KIST
Kronologi penubuhan AMKIST
- Idea – Cetusan oleh Tuan Presiden Kist, En.Muhd.Zamly Abdullah
menyedari akan kesulitan warga kampus yang terpaksa mengambil
cuti untuk menghadiri sesi latihan dan ujian lesen memandu.
Bagi menangani masalah ini,beliau ingin menyediakan kemudahan
dan membantu warga KIST untuk memiliki lesen memandu termasuklah
kepada semua penduduk setempat. Kajian awal mendapati 8O% warga
KIST tidak mempunyai lesen dan tidak ada kemudahan akademi memandu
di daerah Bachok itu sendiri.
- SeAwal tahun 2008, Beliau telah memulakan usaha mencari tapak
yang sesuai setelah mendaftarkan syarikat iaitu pada September
2007. Nama yang didaftarkan iaitu Akademi Memandu KIST atau
singkatannya AMKIST.
- Sekitar pertengahan 2008, beliau telah berkenalan dengan Tn.
Hj.Roomai Nor b. Ali,iaitu mantan Ketua Pengarah JPJ Negeri
kelantan. Perkenalan ini telah membantu beliau merealisasi ilham
dan usaha selama ini.Pada 15 Ogos 2008, bermulalah pembinaan
AMKIST di atas tapak seluas 5 ekar beralamat di LOT 6II6,Mukim
Telong ,Kandis , Bachok dan dilengkapi kemudahan bangunan utama
2 tingkat, kemudahan-kemudahan asas dan litar yang terkini.
- Sejarah Tercipta
- bukan sahaja terulung dari segi pendidikan, malah kist bakal
mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi ipts yang pertama
yang menawarkan kursus memandu kepada pelajarnya.
- setelah tamat pengajian, pelajar tidak hanya membawa pulang
segulung diploma tetapi bersama lesen memandu yang sah untuk
kegunaan di masa depan.